SEJARAH SEKOLAH

           Kampung Machap adalah sebuah kampung yang tertua di daerah Alor Gajah. Pada mulanya kampung ini tidak mempunyai sekolah. Dengan kesedaran penduduknya, mereka telah bergotong-royong membina sebuah sekolah untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Sekolah pertama telah dibina dalam tahun 1925 secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Machap di atas sebidang tanah yang terletak di batu 16 ½ mengikut jalan lama atau batu 18 mengikut jalan baru. Jumlah murid 60 orang.
    
            Sekolah ini kemudiannya telah diambil alih secara rasmi oleh Ketua Nazir Sekolah (Chief Inspector of School), M.R. Holgate. Pengambilan ini juga menyebabkan bayaran gaji guru-guru turus dibayar oleh kerajaan. Guru Besar masa itu En Moksin b Husin. Dalam tahun 1928, sekolah ini mengalami kemerosotan murid dan keadaan bangunannya juga bertambah uzur. Ini menyebabkan sekolah ini ditutup. 

       Sekolah kedua dibina pada tahun 1929, penduduk Kampung Machap yang diketuai oleh Datuk Penghulu Abu@Labu bin Husin telah membina sebuah sekolah lagi bertempat di halaman rumah beliau sendiri. Sekolah ini dibuat daripada kayu dan beratapkan rumbia dengan seakan-akan surau. Jumlah murid hanya 30 orang.


            Guru Besar yang pernah bertugas masa itu : i. En. Abdullah b. Abd Hamid dari Durian Tunggal (Gaji dibayar oleh penduduk kampung) ii. En. Abdul dari Batu Berandam (Gaji dibayar oleh kerajaan) iii. En. Saad dari Batu Berendam (Gaji dibayar oleh kerajaan) Semasa perang dunia kedua, sekolah ini ditutup.


           Dalam masa pemerintahan Jepun, sekolah kedua tidak dapat digunakan. Bangunanya menjadi uzur dan tidak boleh digunakan lagi. Sebaik saja pihak MBA berkuasa semula, penduduk kampong berusaha mendapatkan bangunan bekas tentera Jepun di kampong itu sebagai sekolah. Bangunan ini bertiang batu, beratap genting dan berdinding kayu. Terletak di hadapan Balai Polis Machap yang lama. Ini menjadi sekolah ketiga. Pada tahun 1975 sekolah itu didapati terlalu uzurdan tidak selamat digunakan lagi.


          Jabatan Pelajaran Melaka masa itu telah mengarahkan agar bangunan sekolah itu dikosongkan.. Operasi persekolahan diarahkan berjalan dengan menumpang di SJK China Machap Baru. Pada tahun 1978, darjah 5 diujudkan di sekolah ini. Selama ini Sekolah Kebangsaan Machap hanya setakat darjah 4. Murid-murid yang hendak melanjutkan pelajaran pada masa itu akan pergi ke Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka.


           Bangunan Keempat di bina pada tahun 1977, Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan wang sebanyak RM184,000.00 untuk membina bangunan baru. Bangunan. Pembinaan ini melibatkan 6 buah bilik darjah, bilik guru besar, pejabat, stor, tandas dan kantin. Bangunan ini terdiri dari bangunan berstruktur batu 2 tingkat. Lokasinya terletak di Kampung Baru Bukit Sedanan, Selandar, Melaka. 


             Meliputi kawasan seluas 10 ekar. Bangunan ini memulakan pembinaan pada tahun 1979 dan siap setahun kemudian. Ianya mula digunakan pada 2.1. 1981 dengan murid seramai 121 orang. Jumlah guru seramai 9 orang dengan 3 kakitangan.



No comments:

Post a Comment