KATA ALUAN GURU BESAR


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

             Pembuka bicara ingin saya panjatkan rasa syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan ketentuanNya jua saya telah di amanahkan untuk mengepalai kepimpinan Sekolah Kebangsaan Seri Machap ini. 

             Pelajar hari ini perlu dilengkapi dengan kemahiran abad ke 21 yang meliputi aspek komunikasi, kolaborasi, inovasi, kreativiti, pemikiran kritis, menyelesaikan masalah, logik dan penjelasan.

             Untuk itu, guru-guru haruslah berfikir lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang meransang minda dan menggarap daya kreativiti dan inovasi pelajar dari peringkat sekolah rendah lagi kerana mereka adalah kunci kepada kecemerlangan serta kemajuan bangsa, agama dan negara.

            Lima puluh tahun dari sekarang, kejayaan kita bukan di ukur dengan rumah besar yang kita diami, kereta mewah yang kita naiki, atau pakaian jenama yang kita sarungi, kita akan berjaya kalau kita dapat membawa makna kepada seorang anak didik kita mengilhamkan orang lain menjadi individu yang berjaya.

            Lataran itu, Perancangan Tahunan ini merupakan satu wadah halatuju dan pegangan warga SKSM untuk memastikan segala perancangan yang disusun dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dalam mencapai matlamat untuk kecemerlangan Pengurusan Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum